Monday, 4 February 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT



Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah & Kak Niera


Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya.


Bila bercerita pasal IPT

"Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau courses yang kalian ambil, atau hostel, atau kelebihan & kekurangan IPT, atau pengalaman pahit manis kalian di IPT tersebut atau apa sahaja yang berkaitan IPT. Atau mungkin boleh letakkan sekali cara-cara untuk mendaftar di IPT tersebut", Husna Humairah.


Saya sekarang sedang menuntut di UTHM ( Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ) atau dahulunya terkenal dengan Kuittho ( Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn ). Pasti semua tahu sebab ramai cikgu-cikgu saya, pensyarah-pensyarah saya kebanyakkannya pernah menuntut di sini (kUiTTHO). Kalau ada orang tanya "ubai, awak belajar mana ?", saya jawab lah "Ubai sekarang belaja kat UTHM", nanti mesti beliau akan tanya balik " UTHM kat mana tu ubai?", maka dengan mudahnya saya akan jawab balik " Dulu namanya Kuittho", lepastu serta merta dia jawab " Owh, KUiTTHO, saya tahu situ", jelas kan ? KUiTTHO sangat terkenal pada ketika dahulu, dimana ramai pensyarah, guru yang saya tanya dulu mereka belajar kat sini. Heeuww.


KUiTTHO sekarang dah jadi UTHM


Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dah sikit-sikit mengikut jejak langkah seperti mana guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya pernah alami. course yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( Sistem Kuasa ) dengan Kepujian. Wah panjang bennaww. Biasanya kalau orang tanya " Ko amek koz apee ? " Jawab saya " Elektrik, ". Jawaban saya mudah sahaja dengan satu perkataan mampu merungkai segala-galanya .


Kolej Kediaman Perwira

Saya tinggal di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Kolej Kediaman yang famous dengan taman penternakan arnab, penanaman serai, pengenalan kafe akademik sejajar dengan konsep kelestarian. Macam-macam aktiviti pelajar ada. Sama ada nak terlibat atau tak je. Alhamdulillah, kat UTHM ni boleh saving sikit, sebab kat sini kawasan kampung yang indah lagi nyaman dengan suasana kehijauan dan kelestarian. Boleh la nak saving bajet. Makan memang murah, lepastu kolej kediaman dekat je dengan kampus. Bas disediakan setiap 10 minit FREE!. Tiada alasan nak datang kelas lambat. 


Kolej Kediaman Perwira UTHM


Pengalaman Manis

Pengalaman manis ? pengalaman pahit ? biasalah, pelajar mesti kena lalui liku-liku macam tu. Baru lah kehidupan itu nampak berseni gittuw. Dengan warna warni. itu Alhamdulillah diam tak diam, semester 1 ini dah tamat, sekarang ni tengah cuti semester. Sedang tunggu pointer rasmi. Doakan saya dapat first class untuk semester ini =) . 
Pengalaman manis, Alhamdulillah semester ini: 
  1. terdetik dihati berubah jadi insan yang berjaya, tak nak fikir pasal cinta-II lagi selagi saya belum nikah; 
  2. saya dapat perform dengan baik semester ni; dan
  3. saya dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh yang dapat memotivasikan diri saya. 
Tak nak cerita panjang-II , nanti penat lak baca kan. Lagi-II kalau ada gambar. Makin berjela lah karangan tu.


Program Anjuran Kolej Kediaman Perwira , Bengkel SKT 2102


Sedikit Sebanyak tentang UTHM

Seterusnya, saya nak ceritakan tempat-tempat yang menarik yang mungkin kita boleh manfaatkan bila kita dah melanjutkan pelajaran disana. UTHM sebenarnya banyak bangunan baru antarannya FKEE, FPTV, FKAAS, FSTPI, dan banyak lagi search sendiri hehehe. 


Fakulti Baru FKEE ( Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik )



Perpustakaan UTHM, Terbesar Asia Tenggara


Perpustakaan ini gah berdiri, meskipun daku memandang dari jauh di sudut jendela.


Salah satu tempat yang menarik bagi saya adalah perpustakaan UTHM. Perpustakaan terbesar di Asia Tenggara tau. Kalau dah besar mestilah sumber rujukannya pun banyak,tak perlu nak berebut-rebut, nak cari buku pun cuma taip keyword sahaja dah keluar rak mana yang kita nak pergi. 


selesa kan perpustakaan dia ??


Malah, penggunaan komputer percuma, WOA ( Wireless Open Access), tempat belajar yang kondusif. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke sini setiap gap masa antara kelas. macam-macam kemudahan disediakan. 


Di tengah-tengah kemegahan perpustakaan ini ada lanskap yang cukup indah, nyaman, dan sejuk mata memandang. Terbaik..


Indahnya Masjid UTHM




Selain itu, masjid UTHM yang gah berdiri tersegam sejuk hati memandang membuatkan seseorang terkesima bila sampai sana buat pertama kalinya hehehe. Kadang-kadang, saya ambil peluang untuk solat jumaat disana, solat berjamaah disana. Di sana lebih tenang , aman dan damai.


Bestnya Dewan Konvokesyen UTHM

Rekabentuk ada menyerupai penyu kan ? Cantik =)


First time lihat, wow besarnya ini dalam hati berkata " alangkah,,, bla,, bla ,, bla ", mulut ternganga mata terbeliak. Lantas daku menyerbu masuk ke dalam sempena Festival Penyelidikan dan Inovasi 2012 pada waktu itu . Agak jakun lah , pusing sana pusing sini. Hihihi. Pusing sana pusing sini sebab kitorang ada task yang kena buat okie. Kitorang kena buat dokumentari dalam bentuk video dalam subjek CNI ( creativity and Innovation ) sempena festival ini. Memang mengujakan la lihat projek-projek beliau semua.


Sekitar Dalam Dewan Konvokesyen Ini






Bila lihat orang sedang bergraduasi sempena Hari Konvokesyen ni , diri rasa bermotivasi untuk belajar yang terbaik sebagai seorang pelajar. Agar berjaya .Doakan saya berjaya yea =).

Nak Mohon Masuk UTHM ??
                            UPU >>Beli Kod pin kat BSN >>KLIK SINI
WEB UTHM>>KLIK SINI

*TARIKH TUTUP UPU 2013/2014 adalah 15 APRIL 2013 ni!
*Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2013/ 2014
Dah setakat ni jea saya cerita. Rasa ni pun dah banyak sangat dah kot. Rasa sengal dah tengkuk nak baca .. HEheehe ..Assalamualaikum , Baiiiiii..


Photobucket





Thursday, 31 January 2013

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?



Jumlah Follower sekarang 122 .
Jumlah like page 52 orang tak termasuk ana.

http://www.jiakreatifelt.com/2013/01/segmen-3-in-1apakah.html
Follower blog yang ke 1787  =)

macam lebih kurang tarikh lahir lak ,, 17/08/ hehehe


Tuesday, 29 January 2013

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

 


Assalamualaikum , Selamat pagi, Alhamdulillah saya sihak- sihak belaka . Kenapa saya tertarik untuk join segment ini erk ? sebenarnya, tertariknya saya untuk join segmen ini atas dasar minat kepada belognya setelah puas mengelilingi belog yang tersangat indah pola isi dan struktur template nye , che wah. Lagi satu, saya minat nak merapatkan lagi hubungan persahabatan dalam institusi blogger. Sebenarnya kita satu keluarga. Jangan menganggap kita ni ada jurang pebezaan. Bagi saya, kebaikan segmen dapat merapatkan lagi , mengeratkan lagi talian dalam arti mengenal persahabatan. 

Tak perlu berceloteh panjang, cukup lah setakat tiga empat kerat pandangan dan pendapat saya, mengapa tertarik, dan Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed ! . Tq Cik Fie, sebab saya ni baru lagi kan, banyak nak kena belajar mengenal antara satu sama lain dengan lebih positif =)

Sebenarnya, saya ada baca pasal Dakwah Terakhir Siti Hajar Mohd Sabir sebelum beliau menghembuskan nafasnya .Beliau juga merupakan Seorang pelajar di UTEM, Melaka. Bila baca catatan beliau, sangat menyentak perasaan, menyentuh hati saya, dimanakah kedudukan saya sekarang. Terasa diri ini sangat kerdil. Pasti sebak di dada, bergelinangan air mata bila membaca catatan beliau tentang pejalanan beliau semasa sakit. 

" Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. "

"Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” 

Sebak sangat bila baca , alfatihah untuk beliau, mungkin catatan ini, sebagai peringatan untuk kita semua agar sentiasa berdakwah, meyakini apa-II sahaja pasti atas pertolongan Allah, mencari redha Allah, dimana redha Allah terletak kepada redha Ibu bapa juga . Ya allah ,, kerdilnya diriku ini jika nak dibandingkan dengan semangat beliau .. Mari kita menauladani coretan beliau disamping mendoakan beliau , dan diri kita agar hembusan nafas terakhir kita juga, menjadi tauladan kepada manusia yang masih hidup , menjadi berita baik diakhirat kelak, ingat dalam-II kita berblogger pun kita boleh berdakwah secara tidak langsung, jum sama-II kita guna pendekatan ini  =)

Monday, 28 January 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak



Add n Follow Sponsor ni:
  1. JiwarOsak
  2. Potia Casadelarossa 
  3. Ekram Mahat 
  4. Khalid Kyle 
  5. Twitter
  6. Nadia Syafiq 
  7. Mahadi Mohamed Arifin 
  8. mGosip
  9. Cuba Teka 
  10. Mohamad Nasir 
  11. Shada Rainza 
  12. نور فاره شهيرح روسلي 
  13. Trendy collection
  14. Makbed Journal 
  15. LuNa Lee 
  16. RilekSantai 
  17. MiaLiana
  18. Mialiana.com
  19. Kopi Pasta 
  20. Mailey Smilez Mai 
  21. Mailey jayley
  22. Nurul Fatiah
  23. Muhammad Anas Hamzah
  24. Aida Natasya
  25. Makcik Domokun
  26. Elih Japahar
  27. Nurdiyana Asilah
  28. Izzat Nazmi
  29. Nurul Syarafina
  30. I'am Yanty
  31. Eqbal Zack
  32. Misz Nadea
  33. Ilham Nurry
  34. Belalang Hijau Perisik
  35. Shida Radzuan

TAG :PalyNabila BielaMiza

CARA SERTAI GIVEAWAY
1. Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
2. Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini
3. Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink)
4. Follow dan Like Website/Fanpage Sponser
5. TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka)


hanya dengan 5 STEP anda boleh menang pelbagai hadiah..
terdapat beberapa kategori khas akan dipilih..


~ENTRY TERBAIK ~
~ ENTRY KREATIF ~
~ ENTRY TER SENGET ~


hadiah yang lain akan diberi secara random melalui cabutan bertuah..


SEMUA PESERTA akan mendapat
- Brooch tajaan Belalang Hijau Perisik


antara hadiahnya adalah Domain .Com, Cash 50, Topup 50, Cash 40, Cash 30
dan banyak lagi untuk dimenangi..



Friday, 25 January 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013


Assalamualaikum selamat petang . Hari ini saya akan ke rumah cikgu saya , ada majlis walimatul urus. Spatutnya kena datang pagi-II , oleh kerana overtime kerja . Tak dapat lah saya nak datang awal. Ada job sikit kat sana , sebagai tukang masak burger untuk hadirin yang datang. Cikgu saya yang ajar teknologi elektrik masa saya form 5 ( tahun 2007 ) kat sekolah teknik muar ( *Sekarang dah tukar Kolej Vokasional Muar) . Alhamdulillah disitulah titik perubahan ku bermula. Alhamdulillah daripada malas belajar, akhirnya , didikan beliau berjaya mengubah mentaliti saya untuk lebih bersemangat belajar. Dan yang paling menggembirakan lagi, saya masih semangat nak belajar sampai sekarang. Tak pernah terfikir nak belajar setakat Diploma je ke, Degree je ke,,Alhamdulillah sekarang saya dah menempuhi sebagai pelajar ijazah , macam ragam saya lihat, yang tak pernah terlihat sebelum ini .. Doakan saya, agar dapat menempuhinya. Subjek Elektrik memang menjadi asam garam ikan dilaut dah. Bab-II perkiraan jangan cakap, mesti jumpa , kalau kita tercebur dalam bidang engineering. Pertama sekali, saranan saya, kalau kita nak berjaya dalam sesuatu itu, kita tanamkan perasaan minat untuk belajar & mendalami sesuatu ilmu tu ,, Insya Allah lancar sahaja perjalanan nye menuju kejayaan .. Amiinnnnn...Tak pe lah tak perlu bercerita panjang macam entri-II yang selepas ni . Mana-II yang free tu , n mesra blogger jom join segmen ini .Kut-II daripada segmen ini kita dapat kenal ke , berkongsi pendapat ke, menerima cadangan ke, kan ? yang paling penting sekali ukhwah fillah =)



Syarat penyertaan : 


Seorang blogger. 
Wajib follow blog kecik.
Wajib like page --> s i n i
Sunat follow twitter --> s i n i
Buat satu entri --> Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013
Tepek banner comeyy tu kat entri.
Backlink semula ke entri ini.
Tak perlu tag orang
Publish entri dan hantar di ruangan komen di entri ini 

Okay. Senang kan? Kalau senang, jom join. :) Tarikh tutup penyertaan --> 31 January 2013


Tuesday, 22 January 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih




Segmen Top Up by Blogger Emas Putih.



Assalamualaikum =)

Selamat tengahari, mari kita join satu segmen ni kot-II laa dapat topup kan .. hehehe . itu tak penting sangat.. tapi yang penting kita dapat mengeratkan jalinan ukhwah sesama blogger . maklum lah , saya blogger baru lagi .. saya pun tak berapa kenal ramai orang , nak ambil pendekatan ni untuk menjadikan ruang ini sebagai satu medan yangdapat memberikan kebaikan kepada semua.

Dialu-alukan Follow Blog ini,join segmen ini , anda berpeluan dapat topup freeee =)


Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam


Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower.
Selamat Bersegmen :)


Tamat Peperiksaan dan Aktiviti Cuti Semester






Assalamualaikum, emm ,, rasa nya dah berhabuk-II dah belog kesayangan ini (draft pada 15hb Jan 2013),, hehehe , al-maklumlah, sebelum ni bertungkus lumus buat ulangkaji untuk jawab final Exam. Saya pun tak sempat lah nak meng entry. Sebenarnya banyak cerita-cerita best yang saya nak cerita, tapi mungkin tiada keluasan masa untuk saya menulis entri ini menyebabkan hasrat saya terhalang seketika. Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang melalui detik-detik yang indah iaitu tamat peperiksaan dan cuti semester.




Kalau masa kat sekolah dulu, Kalau beberapa hari lagi nak cuti penggal, yang duduk asrama mesti pemikiran dah terngiang-ngiang membayangkan keadaan kampung , ataupun asyik teringatkan rumah sahaja. Sebab dah tak sabar nak balik kampung dah lama rindu dengan mak ayah kan. Sama lah keadaan di universiti ini, di kolej kediaman ini. Sekelip mata sahaja bila tamat sahaja peperiksaan akhir semester , hati dah berkobar-kobar melipas kudung bersiap untuk pulang ke kampung. Ada jugak yang terlalu exited sampai lupa nak mengemas kembali rumah kediaman yang telah dipinjamkan selama satu semester itu . Manalah pergi penghargaannya dan tanggungjawabnya?


Gambaran Tamat Hari Peperiksaan 



Hari terakhir saya menduduki peperiksaan semasa hari Selasa 15.1.2013. Huh , rasa macam beban sebesar gunung ganang bersila sopan diatas kepala tiba-tiba terapung terbentuk awan yang mendung, udara nyaman terasa. Kesegaran sepasang mata setelah berjaga sepanjang malam tiba-tiba bertukar menjadi kelam, menjadi kabur, Suhu badan yang sejuk membeku semasa mengharungi salji di dalam dewan peperiksaan bertukar menjadi peluh-peluh yang berjuraian seolah-olah langsir yang ditiup angin. Perut yang kenyang dengan angin tiba-tiba menyentap-nyentap kelaparan. Otot-otot yang gagah seolah-olah gergasi yang mengamuk di dalam gua tiba-tiba bertukar menjadi lemah kehausan. Hati yang sedang gemuruh tiba-II berpeluh. Itik yang pulang petang, tiba-II mengamuk dipertengahan jalan, menanti siapa yang Hero.


comel baby ni buat hurray =)


Begitulah, beberapa reaksi daripada ramai pelajar . Ohh gembiranya nak balik kampung dapat jumpa dengan mak ayah, memikirkan apakah aktiviti yang terindah yang akan dibuat. Penyusunan jadual untuk melahuu telah bermula. Itulah remaja. Namun kena memikirkan juga, kita berjumpa di semester seterusnya. Jangan terlalu suka.

Saya berdoa agar selalu dapat keputusan yang terbaik, walaupun adakalanya hati tidak terlalu yakin yang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Namun hati gementar menunggu keputusan semester ini. Rasa macam satu kejutan budaya institusi ilmu. Tak pernah merasa menjawab peperiksaan di Dewan sebesar bintang dan langit. Jaraknya makin tersasar jauh dari mentari. Kabus yang tebal, suhu yang sangat nyaman menyelubungi badan. Menggigil kesejukan, dalam hati ketakutan. Adakah ini dibuai mimpi, adakah mimpi menjadi kenyataan.


Harapan ibu, harapan pensyarah, harapan kawan-kawan, harapan masa depan menjadi tali sauh disetru pada kedua bahu ini. Adakah saya berdaya. Namun mengharapkan keredhaan Allah. Keredhaan Allah juga terletak pada tampuk keredhaan ibu dan ayah , keihklasan ilmu yang disampaikan pensyarah, kesetiaan kawan dalam mengenal arti kehidupan.

Hati selalu ingin gembira, namun tiada corak andai satu warna, disiramkan air pada pokok bunga, hasilnya pelangi berbentuk pelbagai warna. Tatkala hujan kesedihan berpaut kepada diriku, langsung aku menguatkan hati, menabahkan diri menghulur tangan, menunduk muka, menadah hidayah Allah. Mengadu kepada Allah. Aku insan yang lemah, adakah aku mampu mengharungi setiap titisan hujan mataku. Berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku keredhaan mu, berikanlah aku Hidayahmu.



Cuba sedaya upaya.


Beberapa hari lepas, saya menguatkan hati melakukan satu perubahan dengan menyertai satu Bengkel SKT 2013 di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat belajar perkara baru, bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya, menjadi seorang pemimpin, menjadi seorang yang bertanggungjawab setiap amanah yang terlah diberikan. Banyak rasanya perkara yang tidak tahu menahu, tetapi inputnya ada disini. Alhamdulilah , kehidupan saya telah diaturkan untuk tujuan yang baik. Semoga inisiatif yang telah saya lakukan ini, mendapat keredhaan Allah, agar dapat memperbaiki diri ini yang serba kekurangan, dan ingin menjadi insan yang beriman, dan bertaqwa . Insha Allah.



Pelbagai rangka jadual telah disusun, dan tanggungjawab serta amanah baru telah diletakkan atas bahu saya. Saya cuba menggunakan kudrat yang telah dianugerahkan oleh Nya untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah diatas bumi ni. Hidup tidak semudah disangkakan, segala kesusahan yang dilalui perlu dijadikan iktibar untuk menjalani kemanisan dalam kehidupan. Tidak pula sepahnya dibuang. Mungkin boleh dicuci , dibasmi, di kitar semula untuk menjadi insan yang serba boleh.




Mari kita sama-sama berdoa, apabila kita merasakan kita sedang kaya dengan kesihatan, kaya dengan kecantikan, kaya dengan kekuatan, kaya dengan ilmu, tetapi tidak pula miskin dengan kesihatan, miskin dengan kecantikan, miskin dengan kekuatan, miskin dengan ilmu dalam beragama. Berdoa supaya kaya diakhirat melebihi kaya didunia . Aminn.

Segmen : Saya Blogger Negeri JOHOR


Assalamualaikum, sedang syok membaca , tetiba terjumpa entri ini. Pe lagi , berminat ni nak join. Sebab lain negeri lain budaya. Seperti yang saya dah belajar dalam Hubungan Etnik pada semester yang lepas ni, bila cerita pasal budaya, dia berkait dengan bahasa, tempat tinggal, dan lain-II.

Saya blogger dari negeri Johor. Hehehe . Siapa blogger dari Johor sila angkat tanggan. Emm, tak ada sorang pun yang mengaku kan. Siapa blogger Johor angkat tangan? haaa , macam ni lah , bangga dengan negeri sendiri, tempat lahir kan. Hohohohoho.

Sebenarnya kat Johor ni paling banyak Parit. Ye ke  ?? Kalau kat johor ni, terutamanya Muar, parit itu diistilahkan dengan tempat. Sebagai contoh Parit Jawa, menunjukkan sesuatu tempat itu ada parit yang pertama, dan yang kedua tempat tu budayanya mungkin banyak orang jawa. Sebaga contoh lah. kalau nak di list kan berapa parit yang ada kat Johor ni dah tak terkira dah.

Kuda Kepang


Salah satu, Kuda kepang berasal dari johor, Paling top juga berasal dari Muar. Kalau ada kerja kahwin je, belah malam tu, ada lah ritual bomoh dan pawang sebelum permainan dan bunyi-II anklung menyemarakkan tarian kuda kepang tu. Penari kuda kepang yang betul-II ni seolah-II jadi kebal dan macam kena rasuk. Pakai jin mungkin. Sempai boleh makan kaca makan bara pastu panjat pokok kelapa, petik kelapa, siat kulit kelapa pakai gigi, dan tanduk kelapa pakai kepala sampai pecah, lalui diminum airnya. Setiap kali tali cemeti dihayunkan ketanah , pasti tarian tersebut lebih rancak seolah-II penarinya dirasuk dengan tariannya. Namun disisi Islam, tarian ini diharamkan sebab ada unsur-II yang boleh membatalkan iktikad. Ada ritual-II jampi serapah tu yang menyebabkan Haram. Kalau menari biasa je mungkin harus. Tapi kalau dah menyeru Jin untuk masuk dalam badan penari tu, telah dibahaskan dalam hadis. Dan telah difatwakan haram.


Mee bandung

Makanan pulak  , kalau kat Johor, bagi saya, Mee Bandung lah yang paling menambat hati bangsa Malaysia. Sebab pernah masuk TV, mee bandung Muar paling TOP. Resepi utama mestilah daripada udang kering, memang rasa pekat kuahnya mengukur kesedapan semasa bersantap. Cairan kuning telur menambahkan lagi kesyahduan penyatapnya. Daun-daun sup yang bertaburan menambah lagi aroma kepekatan dan elemen campuran dalam mee bandung ini. Tidak pelik lah ia menjadi kegialaan muda mudi, tidak mengira umur dan tempat, masing-II berpusu-II ke Muar semata-II mahu merasai keenakkan Mee Bandung ini. Ada juga Mee Bandung di tempat lain, namung rasa dan kepekatan rasanya tidaklah setanding Mee Bandung Muar ini.


 Selain itu, Johor juga terkenal dengan makanan Jawa seperti Rojak Pecal, Ubi Rebus Jawa,Asam Pedas dan lain-II.

Legoland


Selain itu, tempat-tempat yang menarik yang ada di Johor, yang saya tahu adalah JPO ( Johore Premier Outlet ), Legoland. Tapi saya nak cerita serba sedikit pasal Legoland walaupun masih belum menjejakkan kaki kesana. Sapa-sapa yang ingin nak sangat ke sana datang lah. Sebab dikatakan mendapat respon yang positif daripada ramai pengunjung. Legoland ini merupakan taman tema. Macam-macam ada kat sana. Mungkin raya Cina ni kalau ada masa yang terluan dan wang yang mencukupi rasanya saya pun plan nak pergi ke sana =).

Kacang Pool

Popular jugak kat Johor. Terutamanya kat Johor Bahru. Sapa-II yang datang sana, wajib lah singgah kat gerai yang ada jual makanan ni. Sangat sedap kot . Sebab saya pun tak pernah rasa lagi. Orang kate sedap. So takkan tak sedap lak kan. Nak tahu kat mana search la google. Kacang Pool . Kompem jumpa. Kalau tak jumpa klik kat bahagian Image. macam-macam image akan muncul. dan disitu lah anda boleh tahu serba sedikit latar belakang lokasi dimana tempat yang ada jual Kacang pool tersebut. Dia makan dengan Roti bakar, Telur Goyang , dan kuah kacang merah. Sangat teruja n terliur sekali tengok dia nye gamba =).

Saturday, 19 January 2013

Segmen: Makanan dan Minuman Kegemaranku



Assalamualaikum, Paly and all my besties,, Sebenarnye dah lama terdetik nak join segmen ni, tapi oleh kerana masa masih tidak lagi mengizinkan sebab masih ada program Perwira sampai 21 hb ni, dapat lah selak-selak dari jauh tengok korang dah submit segmen kan ,,, Sebenarnye dah banyak draf dah, sebab tangguh menangguh dalam menyiapkan entri kan . Huhu

Bila cerita pasal makan, memang ana suka, hehehe, sebab tu lah ana rasa teruja nak join segmen ini, Seperti yang macam sebelum-sebelum ini ada jugak masuk entri dan selitkan pasal makanan. Urrggghhh ,, Lechoooiiii bagi sesiapa sahaja yang ternampak gambar tersebut. Pasti anda akan membayangkan yang makanan itu sudah ada depan mata, sambil pejam mata kuat-kuat, dan bernafas dengan rakus seolah-olah kelaparan yang teramat sangat. Sambil tertelan Air liur seolah-olah air liur itu pula yang berperisa air sirap bandung. Cehh wahhh.

Amboi, banyak sangat melalut sampai lupa nak buka topik apa yang nak dituliskan ini, Sebenarnya tuan empunya belog ni pun sedang kepunan dan kelaparan menunggu makanan sampai nih. Ada beberapa makanan malaysia dan Western yang ana nak highlightkan ni.Tapi ana nak tulis tiga jenis minuman kegemaran tau. Hehehe . Sebab minuman kegemaran ni kalau bayangkan pada bulan Ramadhan memang lah terbaik, sebab kalau dijadikan sebagai wadah berbuka puasa, rasanya, ,,, ermmmm ,, bayangkan lah sendiri laaa.





Ini makanan kegemaran ana pada suatu ketika dahulu masa belajar kat Politeknik Merlimau dulu. Tapi sekarang sekali sekala je. Kalau ada masa kelapangan untuk ke Melaka, memang menjadi satu kesemetian untuk singgah makan disini. Lokasi di Melaka, Sebelah Bayview Hotel. Sebab apa suka ? sebab sedap, besar and Murah dan menarik. Rasanya student Uitm Bandaraya Melaka, Utem, Politeknik Kota, Politeknik Merlimau, tahu tempat ni sebab tempat ni boleh dikatakan famous. Boleh menjadi satu kerugian kalau diyorang tak tahu kan kat tempat yang top ni selain chiken chop kat Johor Bahru.

Ini petanya , kalau nak tahu lebih lanjut, search la maps Hotel Bayview Melaka. Bila dah tahu area disitu, Di sebelah betul-betul hotel tu antara hotel Orchid , ada satu Food Court Melaka betul-betul sebelah Bayview Hotel tu. Pengusaha chiken chop itu adalah Hairina Western Food , boleh foursquare lah bernama Hairina Western Food =)



Air Batu Campur


Air Batu Campur atau dikenali sebagai ABC, adalah minuman berversi makanan yang terkandung elemen-elemen yang sangat sedap. Hehehehe. Sebab apa suka sebab kalau haus, air ni lah menjadi penenang jiwa pengubat sengsara . Keranan kesejukan dan kepelbagaian manisan ini menyebabkan tersegam pamandangan indah yang lengkap dengan kicauan burung berserta deruan angin yang berjujuran. 


Sirap Bandung Cincau

Salah satu menu utama ketika berbuka puasa bulan Ramadhan. Senang jea nak cari sebab beli kat bazar kan. Nikmat air ini disebabkan campuran daripada cincau+sirap+bandung menyebabkan daku mengelamun panjang , sehingga tidak sedar akan tegukan yang telah menujahi corong-corong tekak, menyejukkan perutku sewaktu itu.



Magee Kari


Magee kari ini , memang patut kene kurangkan, Tapi masalahnya dia sedap. Kalau lapar dan nak cepat penyediaannya, maka ana memikirkan dengan magee ini dapat menyelesarkan masalah ini. Namun, perlu diingatkan makan hanya sekali sekala sahaja. Hehehehe.


Kuih Paling Ana Suka


Kuih kegilaan muda mudi, tua tui trend dari zaman ke zaman, menyebabkan daku terjatuh cinta tatkala melihat personaliti kuih ini didalam bekas yang beralaskan daun pisang. Pasti terliur dibuatnya. Sebab apa sedap ? mungkin sebab warnanya yang menawan kena dengan rasanya & intinya yang berperisa kelapa + pandan. Huh. Kalau dijadikan menu sarapan pagi , kuih ini lah akan menjadi capaian tangan kanan ku yang peling pertama sebelum menjamah makanan lain.


Sate Muar


Sate Muar. Kalau di tempat lain, Sate menjadi hidangan istimewa pada waktu malam, namun lain pula bila kita jalan-jalan cari makan di kawasan Muar. Pasti teruja dengan asap Sate, yang menunjukkan disitulah tempatnya sate itu berkampung di atas bara yang panas. 


Durian Kahwin


Wah , kalau musim durian , kat Segamat lah murah durian ni. Macam-macam ada, kawin ada, kampung ada , biasa pun ada. Durian ni kalau makan banyak-II untuk orang-II muda yang sihat , yang kuat kerja okie lah. Sebab kandungan gula kat durian ni banyak-banyak boleh demam tau. Temperature boleh naik. Heehehe. Ada jugak orang kampung yang tak pandai makan durian ni. Pelik betul .


ABC special JB


Terletak di JB. Sebab apa ana suka, sebab dia ada banyak kacang becampur pulak dengan krim-II yang berlemak madu, Mashaallah, sangat hebat nikmatmu , mengunyah kacang dengan aiskerim yang tertepek itu, menyebabkan daku seolah-II sedang terapung di puncak gunung sahaja. Nak tahu kat mana ? search la google sendiri =)




Ubi rebus ni jarang ada kat pasaran , memang sangat rare sekali. Rare. Hanya ada kat rumah sahaja, beli ubi mentah kat tepi jalan , ada orang jual tu kan, pastu balik Umi rebus, buat sambal ikan bilis, dengan hampas kelapa. Memang sangat sedap nya Ya Allah. Boleh dijadikan makanan seharian tau, Apatah lagi yang lembut-II gitu, panas-II pulak tu. Yooiiii , Sebenarnya nenek anan belah ayah pernah cerita, sewaktu perang Jepun dulu, ini lah makanan seharian dulu. 





Cendol pun Glamour tau kat Muar sebab Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Najib pernah datang kat sini. So far rasanya sedap, boleh pilih nak jenis apa, pulut ke kacang ke. Hehehehehe. Sangat sedap tau. Nak tahu kat Mana ? Tanya Group Anak-Anak Muar lah . Hehehehe =)



Done section =) Tadaaaaaaaa ,, Taraaaaaaa ,, Turuuuuuuu












Wednesday, 9 January 2013

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'



Assalamualaikum , dan selamat pagi .. 
Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini ..
Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain  sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ... 
Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini.
Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe.
Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~


Monday, 7 January 2013

Sentuhan Buat Jiwa Kacau




Sentuhan Buat Jiwa Kacau
*dikarang oleh ubaidullah jaafar
Pada 8 Jan 2013 pukul 11.04 AM



Jiwa membelit kesempitan ,
Memunggah kerisauan,
Menanjak kesakitan yang dekat disudut kalbu.
Apakah hati ku ini berbisa,
Berbisa kerana lara,
Berbisa kerana cinta,
Adakah aku kehausan,
Kehausan dengan kepanasan,
Kehausan dengan nikmat.


Begitulah yang sering dikaitkan dengan jiwa kacau melalui serangkap puisi. Sebenarnya masalah, masalah yang mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja, masalah yang mungkin terpaksa dilalui tanpa mengenal usia, tapi belum tentu dapat diselesaikan dan diatasi. Mahu mengelak takut tersungkur, mahu menyambut takut rebah.

Jiwa kacau samalah erti dengan jiwa yang kusut, hati yang tidak tenteram, emosi sering terganggu, fikiran yang bercelaru. Ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh diri manusia. Namun tidak semua tahu , bagaimanakah mengubati hati yang tidak tenteram, kadang-kadang boleh membawa keburukan akibat sangat tertekan. Ada yang membunuh diri, ada yang terlibat ke kancah penyalahgunaan dadah, ada yang minum arak, dan sebagainya dan akhirnya membawa kepada kegelapan kepada diri sendri.

Baca Selanjutnya >> Klik Disini

Saturday, 5 January 2013

Segmen: Story Mory Lawak





 






Cerita rekaan untuk gurauan semata-II
*cerita ini merupakan gurauan semata-II, tidak bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, hanya bertujuan untuk menghilangkan rasa tertekan bila belajar. Sebenarnya gurauan berbentuk ini mampu melahirkan keakraban sebagai seorang kawan. =)

Gambar ini memberi 1001 makna buat diriku. Hehehe . Bukan apa, hanya gurauan bersama budak kelas. Saling kena mengenakan. Atas tujuan mahu menghiburkan hati yang tension menjawab ujian programming masa itu. Tenyata kawan saya yang melihat gambar ini tertawa yang menggambarkan kegelian hatinya yang teramat sangat. Ketawanya berbunyi begini .. Hihihihihi.. hihihihi. hihihihi . Ini menunjukkan betapa geli hatinya kami. Gambar budak ini saya jumpa di laman Facebook. Maka saya meyimpan gambar ini untuk pengubat duka lara ketika sibuk menyiapkan tugasan. Saya sengaja menujukan gambar ini kepada kawan saya di group kelas facebook bahawa gambar ini adalah masa engkau kecil-II kan? ujar saya . Malah dia langsung tidak terkata apa-II selain ketawa mengenangkan masa kecil-II nya yang nakal. Agak kena dengan gambar ini. Sempat saya mengenakan bahawa cawat pink yang dikenakan oleh budak ini tidak sesuai, terlalu longgar. Lantas dia mengenakan balik kepada saya , itu adalah cawat yang dipinjamkan daripada engkau ubai. Kan kau masa kecil-II kan berbadan besar, masa itu cawat aku basah, tu yang aku pakai engkau punya. Cehh .. Berseloroh umpama cerita benar sahaja. Maca adik beradik je dulu. hehehehe.









Gurauan untuk saya pula

Selepas beberapa hari itu, kawan saya mencari jalan untuk mengenakan saya pula, memandangkan saya pernah bercerita bahawa dulu masa saya kecil-II pun tidak kurang juga nakalnya. Maklumlah masa itu ada adik yang berumur kurang setahun dari saya. Pastinya gurauan , tangisan, nostalgia kecil-II dulu tidak terpadam di benak fikiran. Saya masa berumur 2 tahun , pernah termakan ubat nyamuk tanpa disedari ibu bapa saya. Lantas saya dibawa ke klinik untuk rawatan. Cerita itu saya sengaja bawa ke peringkat kelas saya sambil mereka tertawa mendengar cerita itu.

Disitulah gambar ini mudah dicari di enjin carian google. Pandai betul dia mencari . Macam sepadan agaknya . heheehehe .. Tapi bagi saya gambar yang paling atas tu paling lawak. Tak terkata-II sampai tak boleh dah nak bercerita . Saya rasa pun dengan gambar itu , anda boleh buat berbagai-II andaian dan cerita rekaan terbaru untuk menaikkan lagi kandungan lawak yang tersemat pada gambat tersebut. Hehehehe . Siap boleh buat segmen pasal gambar ni lagi . Hehehehe.




Perlakuan yang mungkin dilakukan oleh budak ini:-
  • Sedang membuat tarian Oppa Gangnam Style Op Op OP
  • Sedang bersilat menentang musuh.
  • Seolah-II melawan raksasa yang sedang menyerang menggunakan kuasa tangannya
  • Sedang mengira jari dia



itu diaaaa ,,,,rupa-II nya budak ini terlibat dalam watak cerita naruto. Patutlah macam pernah nampak jeaaa . heheheheeh. kalau tak, makan pasir jawabnya !


 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner