Tuesday, 29 January 2013

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

 


Assalamualaikum , Selamat pagi, Alhamdulillah saya sihak- sihak belaka . Kenapa saya tertarik untuk join segment ini erk ? sebenarnya, tertariknya saya untuk join segmen ini atas dasar minat kepada belognya setelah puas mengelilingi belog yang tersangat indah pola isi dan struktur template nye , che wah. Lagi satu, saya minat nak merapatkan lagi hubungan persahabatan dalam institusi blogger. Sebenarnya kita satu keluarga. Jangan menganggap kita ni ada jurang pebezaan. Bagi saya, kebaikan segmen dapat merapatkan lagi , mengeratkan lagi talian dalam arti mengenal persahabatan. 

Tak perlu berceloteh panjang, cukup lah setakat tiga empat kerat pandangan dan pendapat saya, mengapa tertarik, dan Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed ! . Tq Cik Fie, sebab saya ni baru lagi kan, banyak nak kena belajar mengenal antara satu sama lain dengan lebih positif =)

Sebenarnya, saya ada baca pasal Dakwah Terakhir Siti Hajar Mohd Sabir sebelum beliau menghembuskan nafasnya .Beliau juga merupakan Seorang pelajar di UTEM, Melaka. Bila baca catatan beliau, sangat menyentak perasaan, menyentuh hati saya, dimanakah kedudukan saya sekarang. Terasa diri ini sangat kerdil. Pasti sebak di dada, bergelinangan air mata bila membaca catatan beliau tentang pejalanan beliau semasa sakit. 

" Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. "

"Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” 

Sebak sangat bila baca , alfatihah untuk beliau, mungkin catatan ini, sebagai peringatan untuk kita semua agar sentiasa berdakwah, meyakini apa-II sahaja pasti atas pertolongan Allah, mencari redha Allah, dimana redha Allah terletak kepada redha Ibu bapa juga . Ya allah ,, kerdilnya diriku ini jika nak dibandingkan dengan semangat beliau .. Mari kita menauladani coretan beliau disamping mendoakan beliau , dan diri kita agar hembusan nafas terakhir kita juga, menjadi tauladan kepada manusia yang masih hidup , menjadi berita baik diakhirat kelak, ingat dalam-II kita berblogger pun kita boleh berdakwah secara tidak langsung, jum sama-II kita guna pendekatan ini  =)

6 comments:

  1. bls knjungan dri segmen yg sama..:)
    (ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan..dari segmen yang sama

    http://blueyarns.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-nak-blog-saya-masuk-dalam.html

    ReplyDelete
  3. mbalas kunjungan.. salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  4. berkunjung ke sini kembali dr segmen yg sama :)

    ReplyDelete
  5. salam...mmg sedih sgt kan, setiap kali baca mesti nangis..

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner