Monday, 4 February 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT



Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah & Kak Niera


Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya.


Bila bercerita pasal IPT

"Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau courses yang kalian ambil, atau hostel, atau kelebihan & kekurangan IPT, atau pengalaman pahit manis kalian di IPT tersebut atau apa sahaja yang berkaitan IPT. Atau mungkin boleh letakkan sekali cara-cara untuk mendaftar di IPT tersebut", Husna Humairah.


Saya sekarang sedang menuntut di UTHM ( Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ) atau dahulunya terkenal dengan Kuittho ( Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn ). Pasti semua tahu sebab ramai cikgu-cikgu saya, pensyarah-pensyarah saya kebanyakkannya pernah menuntut di sini (kUiTTHO). Kalau ada orang tanya "ubai, awak belajar mana ?", saya jawab lah "Ubai sekarang belaja kat UTHM", nanti mesti beliau akan tanya balik " UTHM kat mana tu ubai?", maka dengan mudahnya saya akan jawab balik " Dulu namanya Kuittho", lepastu serta merta dia jawab " Owh, KUiTTHO, saya tahu situ", jelas kan ? KUiTTHO sangat terkenal pada ketika dahulu, dimana ramai pensyarah, guru yang saya tanya dulu mereka belajar kat sini. Heeuww.


KUiTTHO sekarang dah jadi UTHM


Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dah sikit-sikit mengikut jejak langkah seperti mana guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya pernah alami. course yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( Sistem Kuasa ) dengan Kepujian. Wah panjang bennaww. Biasanya kalau orang tanya " Ko amek koz apee ? " Jawab saya " Elektrik, ". Jawaban saya mudah sahaja dengan satu perkataan mampu merungkai segala-galanya .


Kolej Kediaman Perwira

Saya tinggal di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Kolej Kediaman yang famous dengan taman penternakan arnab, penanaman serai, pengenalan kafe akademik sejajar dengan konsep kelestarian. Macam-macam aktiviti pelajar ada. Sama ada nak terlibat atau tak je. Alhamdulillah, kat UTHM ni boleh saving sikit, sebab kat sini kawasan kampung yang indah lagi nyaman dengan suasana kehijauan dan kelestarian. Boleh la nak saving bajet. Makan memang murah, lepastu kolej kediaman dekat je dengan kampus. Bas disediakan setiap 10 minit FREE!. Tiada alasan nak datang kelas lambat. 


Kolej Kediaman Perwira UTHM


Pengalaman Manis

Pengalaman manis ? pengalaman pahit ? biasalah, pelajar mesti kena lalui liku-liku macam tu. Baru lah kehidupan itu nampak berseni gittuw. Dengan warna warni. itu Alhamdulillah diam tak diam, semester 1 ini dah tamat, sekarang ni tengah cuti semester. Sedang tunggu pointer rasmi. Doakan saya dapat first class untuk semester ini =) . 
Pengalaman manis, Alhamdulillah semester ini: 
  1. terdetik dihati berubah jadi insan yang berjaya, tak nak fikir pasal cinta-II lagi selagi saya belum nikah; 
  2. saya dapat perform dengan baik semester ni; dan
  3. saya dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh yang dapat memotivasikan diri saya. 
Tak nak cerita panjang-II , nanti penat lak baca kan. Lagi-II kalau ada gambar. Makin berjela lah karangan tu.


Program Anjuran Kolej Kediaman Perwira , Bengkel SKT 2102


Sedikit Sebanyak tentang UTHM

Seterusnya, saya nak ceritakan tempat-tempat yang menarik yang mungkin kita boleh manfaatkan bila kita dah melanjutkan pelajaran disana. UTHM sebenarnya banyak bangunan baru antarannya FKEE, FPTV, FKAAS, FSTPI, dan banyak lagi search sendiri hehehe. 


Fakulti Baru FKEE ( Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik )



Perpustakaan UTHM, Terbesar Asia Tenggara


Perpustakaan ini gah berdiri, meskipun daku memandang dari jauh di sudut jendela.


Salah satu tempat yang menarik bagi saya adalah perpustakaan UTHM. Perpustakaan terbesar di Asia Tenggara tau. Kalau dah besar mestilah sumber rujukannya pun banyak,tak perlu nak berebut-rebut, nak cari buku pun cuma taip keyword sahaja dah keluar rak mana yang kita nak pergi. 


selesa kan perpustakaan dia ??


Malah, penggunaan komputer percuma, WOA ( Wireless Open Access), tempat belajar yang kondusif. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke sini setiap gap masa antara kelas. macam-macam kemudahan disediakan. 


Di tengah-tengah kemegahan perpustakaan ini ada lanskap yang cukup indah, nyaman, dan sejuk mata memandang. Terbaik..


Indahnya Masjid UTHM




Selain itu, masjid UTHM yang gah berdiri tersegam sejuk hati memandang membuatkan seseorang terkesima bila sampai sana buat pertama kalinya hehehe. Kadang-kadang, saya ambil peluang untuk solat jumaat disana, solat berjamaah disana. Di sana lebih tenang , aman dan damai.


Bestnya Dewan Konvokesyen UTHM

Rekabentuk ada menyerupai penyu kan ? Cantik =)


First time lihat, wow besarnya ini dalam hati berkata " alangkah,,, bla,, bla ,, bla ", mulut ternganga mata terbeliak. Lantas daku menyerbu masuk ke dalam sempena Festival Penyelidikan dan Inovasi 2012 pada waktu itu . Agak jakun lah , pusing sana pusing sini. Hihihi. Pusing sana pusing sini sebab kitorang ada task yang kena buat okie. Kitorang kena buat dokumentari dalam bentuk video dalam subjek CNI ( creativity and Innovation ) sempena festival ini. Memang mengujakan la lihat projek-projek beliau semua.


Sekitar Dalam Dewan Konvokesyen Ini






Bila lihat orang sedang bergraduasi sempena Hari Konvokesyen ni , diri rasa bermotivasi untuk belajar yang terbaik sebagai seorang pelajar. Agar berjaya .Doakan saya berjaya yea =).

Nak Mohon Masuk UTHM ??
                            UPU >>Beli Kod pin kat BSN >>KLIK SINI
WEB UTHM>>KLIK SINI

*TARIKH TUTUP UPU 2013/2014 adalah 15 APRIL 2013 ni!
*Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2013/ 2014
Dah setakat ni jea saya cerita. Rasa ni pun dah banyak sangat dah kot. Rasa sengal dah tengkuk nak baca .. HEheehe ..Assalamualaikum , Baiiiiii..


Photobucket





11 comments:

  1. oh UTHM :D ada senior blaja kt situ :)

    haa terima kasih sbb mnyahut seruan join sgmen ni. hehee :)

    apapun, sy mmg dah follow. jmput follow back sbb itu mmg syarat2 sgmen kan? :)

    okay, jgn lupa blogwalking peserta lain jgk --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

    ReplyDelete
  2. malas singgah malas singgah!! haha

    aku tak blogwalking lg peserta segmen ni, huhu.. terbaek bro, fokus stadi lu, cinta2 letak tepi... good luck lam stadi ^_^

    ReplyDelete
  3. hehehe ,,, Tq-Tq bro =) , sekarang aku pun kurang BW sebab busy kan

    ReplyDelete
  4. hye student uthm...^_^

    sy dari segmen yg same..
    sy dah 3,4 kali gk la menginap kat uthm...
    sbb join tournament..
    da biasa sgt da ngn kolej perwira tu..hehe
    klu x silap gambar yg last skali tu dewan baru korang..
    berdepan ngan library..*klu x silap laa..hihi


    anyway, uthm mmg cantik..terbaek..salute~

    salam perkenalan dr student UTeM

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ,, UTEM pun apa kurangnye kan . ramai kawan study kat sana .. Saya sebenarnya ada dua pilihan masa mohon UPU dulu . First choice UTHM , Second Utem =)

      Delete
  5. salam..hit back..wah.. cantiknye :D

    http://chocolatesunshinedanbo.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-me-follow-u.html
    jom joi first segmen sya :)

    ReplyDelete
  6. salam ziarah, cantiknya UTHM, moden la, all the best di sana :)

    ReplyDelete
  7. oh ye, lupe nk jwb soalan tu ;) kitorg bukan adik beradik :D

    sy yang anjurkan segmen ni, idea segmen ni pun mmg dr sy.. kbetulan sy mmg prlukan lebih byk kyakinan utk smbung blaja nnt T_T sbb tu mntk abg2 kakak2 share psl ipt korg.. takut nk smbung blaja sbb x berani jauh dr family *k jgn gelakkan! :p

    sy mntk kak Niera tlg promotekan je.. jd, bila dia tlg promotekan , sy pun kena lah letak nama dia utk korg follow jgk. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ,, saya cadangkan IPT yang dekat-II jea , nak jumpa family pun senang ,bila hati tak tenteram, hati tak selesa , gundah gulana , Ibu Bapa lah pengubat duka, penawar sengsara.kan kan ?heheehe. Hanya dengan melihat wajah mereka , boleh buat hati lebih tenang. Malah itu tips bagaiman nak jadi cemerlang tau. =)

      Delete
  8. UTHM? ade abg saudare stdy kat sane.. hehe.. teringin nak g sane jugak :D

    Datang dari segmen yg same. Salam perkenalan. Kite dari UTM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ,, nanti sambung la kat sini ,, sangat seronok. =)

      Delete

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner