Monday, 4 February 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT



Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah & Kak Niera


Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya.


Bila bercerita pasal IPT

"Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau courses yang kalian ambil, atau hostel, atau kelebihan & kekurangan IPT, atau pengalaman pahit manis kalian di IPT tersebut atau apa sahaja yang berkaitan IPT. Atau mungkin boleh letakkan sekali cara-cara untuk mendaftar di IPT tersebut", Husna Humairah.


Saya sekarang sedang menuntut di UTHM ( Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ) atau dahulunya terkenal dengan Kuittho ( Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn ). Pasti semua tahu sebab ramai cikgu-cikgu saya, pensyarah-pensyarah saya kebanyakkannya pernah menuntut di sini (kUiTTHO). Kalau ada orang tanya "ubai, awak belajar mana ?", saya jawab lah "Ubai sekarang belaja kat UTHM", nanti mesti beliau akan tanya balik " UTHM kat mana tu ubai?", maka dengan mudahnya saya akan jawab balik " Dulu namanya Kuittho", lepastu serta merta dia jawab " Owh, KUiTTHO, saya tahu situ", jelas kan ? KUiTTHO sangat terkenal pada ketika dahulu, dimana ramai pensyarah, guru yang saya tanya dulu mereka belajar kat sini. Heeuww.


KUiTTHO sekarang dah jadi UTHM


Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dah sikit-sikit mengikut jejak langkah seperti mana guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya pernah alami. course yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( Sistem Kuasa ) dengan Kepujian. Wah panjang bennaww. Biasanya kalau orang tanya " Ko amek koz apee ? " Jawab saya " Elektrik, ". Jawaban saya mudah sahaja dengan satu perkataan mampu merungkai segala-galanya .


Kolej Kediaman Perwira

Saya tinggal di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Kolej Kediaman yang famous dengan taman penternakan arnab, penanaman serai, pengenalan kafe akademik sejajar dengan konsep kelestarian. Macam-macam aktiviti pelajar ada. Sama ada nak terlibat atau tak je. Alhamdulillah, kat UTHM ni boleh saving sikit, sebab kat sini kawasan kampung yang indah lagi nyaman dengan suasana kehijauan dan kelestarian. Boleh la nak saving bajet. Makan memang murah, lepastu kolej kediaman dekat je dengan kampus. Bas disediakan setiap 10 minit FREE!. Tiada alasan nak datang kelas lambat. 


Kolej Kediaman Perwira UTHM


Pengalaman Manis

Pengalaman manis ? pengalaman pahit ? biasalah, pelajar mesti kena lalui liku-liku macam tu. Baru lah kehidupan itu nampak berseni gittuw. Dengan warna warni. itu Alhamdulillah diam tak diam, semester 1 ini dah tamat, sekarang ni tengah cuti semester. Sedang tunggu pointer rasmi. Doakan saya dapat first class untuk semester ini =) . 
Pengalaman manis, Alhamdulillah semester ini: 
  1. terdetik dihati berubah jadi insan yang berjaya, tak nak fikir pasal cinta-II lagi selagi saya belum nikah; 
  2. saya dapat perform dengan baik semester ni; dan
  3. saya dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh yang dapat memotivasikan diri saya. 
Tak nak cerita panjang-II , nanti penat lak baca kan. Lagi-II kalau ada gambar. Makin berjela lah karangan tu.


Program Anjuran Kolej Kediaman Perwira , Bengkel SKT 2102


Sedikit Sebanyak tentang UTHM

Seterusnya, saya nak ceritakan tempat-tempat yang menarik yang mungkin kita boleh manfaatkan bila kita dah melanjutkan pelajaran disana. UTHM sebenarnya banyak bangunan baru antarannya FKEE, FPTV, FKAAS, FSTPI, dan banyak lagi search sendiri hehehe. 


Fakulti Baru FKEE ( Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik )



Perpustakaan UTHM, Terbesar Asia Tenggara


Perpustakaan ini gah berdiri, meskipun daku memandang dari jauh di sudut jendela.


Salah satu tempat yang menarik bagi saya adalah perpustakaan UTHM. Perpustakaan terbesar di Asia Tenggara tau. Kalau dah besar mestilah sumber rujukannya pun banyak,tak perlu nak berebut-rebut, nak cari buku pun cuma taip keyword sahaja dah keluar rak mana yang kita nak pergi. 


selesa kan perpustakaan dia ??


Malah, penggunaan komputer percuma, WOA ( Wireless Open Access), tempat belajar yang kondusif. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke sini setiap gap masa antara kelas. macam-macam kemudahan disediakan. 


Di tengah-tengah kemegahan perpustakaan ini ada lanskap yang cukup indah, nyaman, dan sejuk mata memandang. Terbaik..


Indahnya Masjid UTHM




Selain itu, masjid UTHM yang gah berdiri tersegam sejuk hati memandang membuatkan seseorang terkesima bila sampai sana buat pertama kalinya hehehe. Kadang-kadang, saya ambil peluang untuk solat jumaat disana, solat berjamaah disana. Di sana lebih tenang , aman dan damai.


Bestnya Dewan Konvokesyen UTHM

Rekabentuk ada menyerupai penyu kan ? Cantik =)


First time lihat, wow besarnya ini dalam hati berkata " alangkah,,, bla,, bla ,, bla ", mulut ternganga mata terbeliak. Lantas daku menyerbu masuk ke dalam sempena Festival Penyelidikan dan Inovasi 2012 pada waktu itu . Agak jakun lah , pusing sana pusing sini. Hihihi. Pusing sana pusing sini sebab kitorang ada task yang kena buat okie. Kitorang kena buat dokumentari dalam bentuk video dalam subjek CNI ( creativity and Innovation ) sempena festival ini. Memang mengujakan la lihat projek-projek beliau semua.


Sekitar Dalam Dewan Konvokesyen Ini






Bila lihat orang sedang bergraduasi sempena Hari Konvokesyen ni , diri rasa bermotivasi untuk belajar yang terbaik sebagai seorang pelajar. Agar berjaya .Doakan saya berjaya yea =).

Nak Mohon Masuk UTHM ??
                            UPU >>Beli Kod pin kat BSN >>KLIK SINI
WEB UTHM>>KLIK SINI

*TARIKH TUTUP UPU 2013/2014 adalah 15 APRIL 2013 ni!
*Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2013/ 2014
Dah setakat ni jea saya cerita. Rasa ni pun dah banyak sangat dah kot. Rasa sengal dah tengkuk nak baca .. HEheehe ..Assalamualaikum , Baiiiiii..


Photobucket





Thursday, 31 January 2013

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?



Jumlah Follower sekarang 122 .
Jumlah like page 52 orang tak termasuk ana.

http://www.jiakreatifelt.com/2013/01/segmen-3-in-1apakah.html
Follower blog yang ke 1787  =)

macam lebih kurang tarikh lahir lak ,, 17/08/ hehehe


Tuesday, 29 January 2013

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

 


Assalamualaikum , Selamat pagi, Alhamdulillah saya sihak- sihak belaka . Kenapa saya tertarik untuk join segment ini erk ? sebenarnya, tertariknya saya untuk join segmen ini atas dasar minat kepada belognya setelah puas mengelilingi belog yang tersangat indah pola isi dan struktur template nye , che wah. Lagi satu, saya minat nak merapatkan lagi hubungan persahabatan dalam institusi blogger. Sebenarnya kita satu keluarga. Jangan menganggap kita ni ada jurang pebezaan. Bagi saya, kebaikan segmen dapat merapatkan lagi , mengeratkan lagi talian dalam arti mengenal persahabatan. 

Tak perlu berceloteh panjang, cukup lah setakat tiga empat kerat pandangan dan pendapat saya, mengapa tertarik, dan Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed ! . Tq Cik Fie, sebab saya ni baru lagi kan, banyak nak kena belajar mengenal antara satu sama lain dengan lebih positif =)

Sebenarnya, saya ada baca pasal Dakwah Terakhir Siti Hajar Mohd Sabir sebelum beliau menghembuskan nafasnya .Beliau juga merupakan Seorang pelajar di UTEM, Melaka. Bila baca catatan beliau, sangat menyentak perasaan, menyentuh hati saya, dimanakah kedudukan saya sekarang. Terasa diri ini sangat kerdil. Pasti sebak di dada, bergelinangan air mata bila membaca catatan beliau tentang pejalanan beliau semasa sakit. 

" Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. "

"Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” 

Sebak sangat bila baca , alfatihah untuk beliau, mungkin catatan ini, sebagai peringatan untuk kita semua agar sentiasa berdakwah, meyakini apa-II sahaja pasti atas pertolongan Allah, mencari redha Allah, dimana redha Allah terletak kepada redha Ibu bapa juga . Ya allah ,, kerdilnya diriku ini jika nak dibandingkan dengan semangat beliau .. Mari kita menauladani coretan beliau disamping mendoakan beliau , dan diri kita agar hembusan nafas terakhir kita juga, menjadi tauladan kepada manusia yang masih hidup , menjadi berita baik diakhirat kelak, ingat dalam-II kita berblogger pun kita boleh berdakwah secara tidak langsung, jum sama-II kita guna pendekatan ini  =)

Monday, 28 January 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak



Add n Follow Sponsor ni:
  1. JiwarOsak
  2. Potia Casadelarossa 
  3. Ekram Mahat 
  4. Khalid Kyle 
  5. Twitter
  6. Nadia Syafiq 
  7. Mahadi Mohamed Arifin 
  8. mGosip
  9. Cuba Teka 
  10. Mohamad Nasir 
  11. Shada Rainza 
  12. نور فاره شهيرح روسلي 
  13. Trendy collection
  14. Makbed Journal 
  15. LuNa Lee 
  16. RilekSantai 
  17. MiaLiana
  18. Mialiana.com
  19. Kopi Pasta 
  20. Mailey Smilez Mai 
  21. Mailey jayley
  22. Nurul Fatiah
  23. Muhammad Anas Hamzah
  24. Aida Natasya
  25. Makcik Domokun
  26. Elih Japahar
  27. Nurdiyana Asilah
  28. Izzat Nazmi
  29. Nurul Syarafina
  30. I'am Yanty
  31. Eqbal Zack
  32. Misz Nadea
  33. Ilham Nurry
  34. Belalang Hijau Perisik
  35. Shida Radzuan

TAG :PalyNabila BielaMiza

CARA SERTAI GIVEAWAY
1. Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
2. Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini
3. Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink)
4. Follow dan Like Website/Fanpage Sponser
5. TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka)


hanya dengan 5 STEP anda boleh menang pelbagai hadiah..
terdapat beberapa kategori khas akan dipilih..


~ENTRY TERBAIK ~
~ ENTRY KREATIF ~
~ ENTRY TER SENGET ~


hadiah yang lain akan diberi secara random melalui cabutan bertuah..


SEMUA PESERTA akan mendapat
- Brooch tajaan Belalang Hijau Perisik


antara hadiahnya adalah Domain .Com, Cash 50, Topup 50, Cash 40, Cash 30
dan banyak lagi untuk dimenangi..



Friday, 25 January 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013


Assalamualaikum selamat petang . Hari ini saya akan ke rumah cikgu saya , ada majlis walimatul urus. Spatutnya kena datang pagi-II , oleh kerana overtime kerja . Tak dapat lah saya nak datang awal. Ada job sikit kat sana , sebagai tukang masak burger untuk hadirin yang datang. Cikgu saya yang ajar teknologi elektrik masa saya form 5 ( tahun 2007 ) kat sekolah teknik muar ( *Sekarang dah tukar Kolej Vokasional Muar) . Alhamdulillah disitulah titik perubahan ku bermula. Alhamdulillah daripada malas belajar, akhirnya , didikan beliau berjaya mengubah mentaliti saya untuk lebih bersemangat belajar. Dan yang paling menggembirakan lagi, saya masih semangat nak belajar sampai sekarang. Tak pernah terfikir nak belajar setakat Diploma je ke, Degree je ke,,Alhamdulillah sekarang saya dah menempuhi sebagai pelajar ijazah , macam ragam saya lihat, yang tak pernah terlihat sebelum ini .. Doakan saya, agar dapat menempuhinya. Subjek Elektrik memang menjadi asam garam ikan dilaut dah. Bab-II perkiraan jangan cakap, mesti jumpa , kalau kita tercebur dalam bidang engineering. Pertama sekali, saranan saya, kalau kita nak berjaya dalam sesuatu itu, kita tanamkan perasaan minat untuk belajar & mendalami sesuatu ilmu tu ,, Insya Allah lancar sahaja perjalanan nye menuju kejayaan .. Amiinnnnn...Tak pe lah tak perlu bercerita panjang macam entri-II yang selepas ni . Mana-II yang free tu , n mesra blogger jom join segmen ini .Kut-II daripada segmen ini kita dapat kenal ke , berkongsi pendapat ke, menerima cadangan ke, kan ? yang paling penting sekali ukhwah fillah =)



Syarat penyertaan : 


Seorang blogger. 
Wajib follow blog kecik.
Wajib like page --> s i n i
Sunat follow twitter --> s i n i
Buat satu entri --> Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013
Tepek banner comeyy tu kat entri.
Backlink semula ke entri ini.
Tak perlu tag orang
Publish entri dan hantar di ruangan komen di entri ini 

Okay. Senang kan? Kalau senang, jom join. :) Tarikh tutup penyertaan --> 31 January 2013


Tuesday, 22 January 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih




Segmen Top Up by Blogger Emas Putih.



Assalamualaikum =)

Selamat tengahari, mari kita join satu segmen ni kot-II laa dapat topup kan .. hehehe . itu tak penting sangat.. tapi yang penting kita dapat mengeratkan jalinan ukhwah sesama blogger . maklum lah , saya blogger baru lagi .. saya pun tak berapa kenal ramai orang , nak ambil pendekatan ni untuk menjadikan ruang ini sebagai satu medan yangdapat memberikan kebaikan kepada semua.

Dialu-alukan Follow Blog ini,join segmen ini , anda berpeluan dapat topup freeee =)


Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam


Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower.
Selamat Bersegmen :)


Tamat Peperiksaan dan Aktiviti Cuti Semester






Assalamualaikum, emm ,, rasa nya dah berhabuk-II dah belog kesayangan ini (draft pada 15hb Jan 2013),, hehehe , al-maklumlah, sebelum ni bertungkus lumus buat ulangkaji untuk jawab final Exam. Saya pun tak sempat lah nak meng entry. Sebenarnya banyak cerita-cerita best yang saya nak cerita, tapi mungkin tiada keluasan masa untuk saya menulis entri ini menyebabkan hasrat saya terhalang seketika. Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang melalui detik-detik yang indah iaitu tamat peperiksaan dan cuti semester.




Kalau masa kat sekolah dulu, Kalau beberapa hari lagi nak cuti penggal, yang duduk asrama mesti pemikiran dah terngiang-ngiang membayangkan keadaan kampung , ataupun asyik teringatkan rumah sahaja. Sebab dah tak sabar nak balik kampung dah lama rindu dengan mak ayah kan. Sama lah keadaan di universiti ini, di kolej kediaman ini. Sekelip mata sahaja bila tamat sahaja peperiksaan akhir semester , hati dah berkobar-kobar melipas kudung bersiap untuk pulang ke kampung. Ada jugak yang terlalu exited sampai lupa nak mengemas kembali rumah kediaman yang telah dipinjamkan selama satu semester itu . Manalah pergi penghargaannya dan tanggungjawabnya?


Gambaran Tamat Hari Peperiksaan 



Hari terakhir saya menduduki peperiksaan semasa hari Selasa 15.1.2013. Huh , rasa macam beban sebesar gunung ganang bersila sopan diatas kepala tiba-tiba terapung terbentuk awan yang mendung, udara nyaman terasa. Kesegaran sepasang mata setelah berjaga sepanjang malam tiba-tiba bertukar menjadi kelam, menjadi kabur, Suhu badan yang sejuk membeku semasa mengharungi salji di dalam dewan peperiksaan bertukar menjadi peluh-peluh yang berjuraian seolah-olah langsir yang ditiup angin. Perut yang kenyang dengan angin tiba-tiba menyentap-nyentap kelaparan. Otot-otot yang gagah seolah-olah gergasi yang mengamuk di dalam gua tiba-tiba bertukar menjadi lemah kehausan. Hati yang sedang gemuruh tiba-II berpeluh. Itik yang pulang petang, tiba-II mengamuk dipertengahan jalan, menanti siapa yang Hero.


comel baby ni buat hurray =)


Begitulah, beberapa reaksi daripada ramai pelajar . Ohh gembiranya nak balik kampung dapat jumpa dengan mak ayah, memikirkan apakah aktiviti yang terindah yang akan dibuat. Penyusunan jadual untuk melahuu telah bermula. Itulah remaja. Namun kena memikirkan juga, kita berjumpa di semester seterusnya. Jangan terlalu suka.

Saya berdoa agar selalu dapat keputusan yang terbaik, walaupun adakalanya hati tidak terlalu yakin yang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Namun hati gementar menunggu keputusan semester ini. Rasa macam satu kejutan budaya institusi ilmu. Tak pernah merasa menjawab peperiksaan di Dewan sebesar bintang dan langit. Jaraknya makin tersasar jauh dari mentari. Kabus yang tebal, suhu yang sangat nyaman menyelubungi badan. Menggigil kesejukan, dalam hati ketakutan. Adakah ini dibuai mimpi, adakah mimpi menjadi kenyataan.


Harapan ibu, harapan pensyarah, harapan kawan-kawan, harapan masa depan menjadi tali sauh disetru pada kedua bahu ini. Adakah saya berdaya. Namun mengharapkan keredhaan Allah. Keredhaan Allah juga terletak pada tampuk keredhaan ibu dan ayah , keihklasan ilmu yang disampaikan pensyarah, kesetiaan kawan dalam mengenal arti kehidupan.

Hati selalu ingin gembira, namun tiada corak andai satu warna, disiramkan air pada pokok bunga, hasilnya pelangi berbentuk pelbagai warna. Tatkala hujan kesedihan berpaut kepada diriku, langsung aku menguatkan hati, menabahkan diri menghulur tangan, menunduk muka, menadah hidayah Allah. Mengadu kepada Allah. Aku insan yang lemah, adakah aku mampu mengharungi setiap titisan hujan mataku. Berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku keredhaan mu, berikanlah aku Hidayahmu.



Cuba sedaya upaya.


Beberapa hari lepas, saya menguatkan hati melakukan satu perubahan dengan menyertai satu Bengkel SKT 2013 di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat belajar perkara baru, bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya, menjadi seorang pemimpin, menjadi seorang yang bertanggungjawab setiap amanah yang terlah diberikan. Banyak rasanya perkara yang tidak tahu menahu, tetapi inputnya ada disini. Alhamdulilah , kehidupan saya telah diaturkan untuk tujuan yang baik. Semoga inisiatif yang telah saya lakukan ini, mendapat keredhaan Allah, agar dapat memperbaiki diri ini yang serba kekurangan, dan ingin menjadi insan yang beriman, dan bertaqwa . Insha Allah.



Pelbagai rangka jadual telah disusun, dan tanggungjawab serta amanah baru telah diletakkan atas bahu saya. Saya cuba menggunakan kudrat yang telah dianugerahkan oleh Nya untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah diatas bumi ni. Hidup tidak semudah disangkakan, segala kesusahan yang dilalui perlu dijadikan iktibar untuk menjalani kemanisan dalam kehidupan. Tidak pula sepahnya dibuang. Mungkin boleh dicuci , dibasmi, di kitar semula untuk menjadi insan yang serba boleh.




Mari kita sama-sama berdoa, apabila kita merasakan kita sedang kaya dengan kesihatan, kaya dengan kecantikan, kaya dengan kekuatan, kaya dengan ilmu, tetapi tidak pula miskin dengan kesihatan, miskin dengan kecantikan, miskin dengan kekuatan, miskin dengan ilmu dalam beragama. Berdoa supaya kaya diakhirat melebihi kaya didunia . Aminn.
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner