Friday, 21 December 2012

Test 2 mengejutkan

Assalamualaikum kawan-II , malam ni, ehh da pagi dah ,, ana nak kongsi sedikit ni,

Berkenaan alam pembelajaran kat Universiti tempat saya belajar.Sememangnya ia satu cabaran sebab baru buat ana. Masih 'Shock' lagi. Ana baru semester pertama kat sini dah macam-II cabaran yang ana tempuh. Sama ada lepas or tak lepas tu lah yang mendidik ana. Dah tahu tak sekarang ana belajar kat mana nehh , With Wisdom We Explore! Cewah ,, bunyinya macam gempak kan .Ini lah Motto +Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kita . Bukan Motosikal Harley-Davidson yang bunyi gempak tu. Tapi ini satu suntikan kata semangat , atau kata-II yang memberikan inspirasi kepada kita untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bakal menyumbang kepada Negara insyaallah. Ana cuba praktikkan nii.. Ahh. Malas ana nak berfalsafah sangat sebab pepagi ni mata pun dah terkebil-II ni haaaa.

Tadi pukul 9 malam ana ada test 2 , iaitu test Electrical Analysis. Bunyinya pun macam menakutkan kan ?? macam berat kan ? hehehehe ,, Ana macam tak bersedia sangat la nak jawab sebab minggu ni terlalu sibuk la, baru nak lega satu persatu selepas submit bermacam-II kerja lah. Ana rasa ana lah orang yang paling sibuk kat dunia nehh!!. Okee berbalik cerita test ni . Ana study la sikit sebab masa pun dah suntuk kan. Dapat lah buat ulangkaji sikit kan. Ana start study lepas Asar sampai lah ke Isyak . Lama kan ? Tapi bagi ana masa tu sangat suntuk dan tak cukup untuk pahamkan sesuatu ulangkaji yang kita buat tuhh. Lepas tu ana REDHA lah nak jawab test ni . Ana study apa yang diajar oleh lecture ana tuhh . Sesampainya kat kelas. hati rasa macam yakin sangat nak jawab.

15 minit kemudian kertas soalan sampai kat tangan ana. soalan hanya 2 sahaja. ada tiga sub soalan dalam dua soalan tu. Tapi ana tiba-II rasa Blurrrr,, Hehehe .. menyesal sebab tak study awal-II sebab tak banyak topik yang tak kuasainya, soalannye lebih advance lah! Tutorial yang diberi sebelum tu tak sempat ana buat . Dan sebelum tu ana yakin soalan sesusah macam ni tak mungkin keluar sebab tu pun tak diajar dalam kelas ( masa membelek-II tutorial). Tercungap-II nak menjawabnya. Habis perah otak nak buat soalan tu. Dapat lah buat soalan satu penuh dan soalan dua tak berapa nak penuh.

Sehabisnya waktu test tu, ramai yang merungut tak dapat jawab dengan baik. Ada kawan yang study sampai 4 hari pun tak dapat jawab. Ini lah penangan UTHM niii ,, Banyak cabaran taw.

Nak tahu 10 tips baru yang ana dapat, hasil daripada kesilapan yang ana dah buat ?

  1. Jangan hanya ulangkaji apa yang telah diajar sahaja. Perlu ambil kira juga soalan yang kita belum pernah buat & belum lagi lect ajar. Ini disebabkan lect nak kita ambil inisiatif sendiri ulangkaji soalan yang lebih mencabar. Korang takkan terlepas dari tutorial diberikan. Selalunya soalan yang keluar tu lah datang daripada tutorial yang diberi. Jangan mengeluh hanya disebabkan tutorial yang diberi tu tak pernah diajar dalam kuliah. Kita kena cari penyelesaian sendiri. So bila jawab test kita mungkin boleh jawab dengan gembira =) 
  2. Banyak buat latihan tu memang dah biasa korang dengar kan ?? So kelainan yang aku fikirkan adalah buat latihan yang lebih susah dahulu diikuti dengan latihan yang senang. Sebab peringkat ijazah ni jarang dah keluar soalan yang basic simple-II mase Diploma dulu tuu. Lagipun dalam soalan pengiraan yang susah tu menggunakan basic yang sedia ada. Secara automatic kita menguasai benda basic tu. 
  3. Atur masa sesuai untuk belajar. Rasanya peringkat macam ni dah takda masa nak tidur lebih-II. Masa lapang pada waktu siang yang biasanya kita manfaatkan untuk ber'facebook' , tidur, main game, tengok movie tu seeloknya kita gantikan dengan buat ulangkaji sikit.Tidur paling awal pukul 1.30 pagi. 
  4. Setkan dalam minda, ulangkaji itu soalan, soalan itu ulangkaji. Banyak buat latihan menjawab soalan, itu lah yang mengukur tahap penguasaan kita dalam sesuatu subjek tu. Sebab bila kita tak dapat jawab soalan. Dari situ kita tahu kelemahan kita. 
  5. Cari kawan yang bagi inspirasi & bagi semangat untuk belajar.( dah biasa dengar). 
  6. Balik kelas, cuba tulis balik dalam bentuk apa jua sekalipun apa yang diajar. Sebagai contoh, ana menggunakan pendekatan menulis semula jalan kerja & penyelesaian masalah kat whiteboard yang mesti ada kat bilik atau rumah kita. Itu magnet kita =) 
  7. Study 'last minute' tu memang ada baiknya , Tapi jangan terlalu penghujung sangat. Nanti tak sempat nanti terkejar buat soalan ni buat soalan tu. Last-II tak paham. 
  8. Buat soalan minimum 3 soalan yang sama sehari 
  9. Satu hari minimum 2 subjek kita ulangkaji. 
  10. Cari soalan Final & tutorial & test & Quiz ,, Buat balik .. sampai habis .. =) 
Harap tips ini korang praktikkan dalam kehidupan korang, mana yang masih lagi bergelar 'student'. Tips ini telah ana cubawalaupun masih tak semua.

Apapun Doakan Ana berjaya menjawab peperiksaan Akhir semester ini =) ana cuba sedaya upaya ana. Yang penting doa yang tidak putus-II dari semua pihak membuatkan ana lebih semangat untuk berjaya dunia & Akhirat =)

Minggu depan ana studyweek.. Pastu exam 2 minggu, N Balik kampung laaahhhh ,, Banyak komitment ana kat Muar kesayangan ana bandar diraja itu =)

Thankzz to all =)




ni masa ana konvo kat PMM. Nak ?? jom





0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner